Loading...

(10 Gambar) Majlis Akikah Serba Mewah, Aliff Syukri Nafi Mahu Menunjuk

Tetamu jemputan yang hadir pada majlis tahnik dan akikah Yusof Al-Qardawi pasti terpukau melihat majlis serba mewah anak keempat Datuk Seri Aliff Syukri ini yang berlangsung di kediamannya di Kota Damansara bermula jam 8 malam.

Foto: IG Yusof

Loading...

“Hampir enam tahun, akhirnya kami diberikan rezeki anak. Jadi rasanya tidak salah untuk saya melakukan sesuatu bagi meraikan anak keempat. Kebetulan, Yusoff dilahirkan pada Syawal, jadi kami anjurkan sekali rumah terbuka. Sebab itulah ia jadi meriah dan alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya kepada Media Hiburan.

“Ramai yang tidak tahu, lebih enam tahun lalu saya ‘struggle’ dengan bisnes. jadi bila usia pun sudah mencapai 30an, rasanya inilah masa paling sesuai untuk rasa hargai keluarga dengan hasil titik peluh selama ini. Malah, saya juga tanya isteri, apa yang dimahukan bersempena dengan kelahiran anak kami. Dia tidak mahu beg tangan atau apa, katanya cukup jika lakukan majlis akikah dengan meriah.

“Saya pun sukakan budak-budak dan itulah sebabnya juga kami mengambil anak angkat. Kebetulan, bila ambil mereka isteri saya disahkan mengandung. jadi saya anggap apa yang hadir itu adalah rezeki yang perlu dirau,” jelasnya lagi.

Aliff juga merahsiakan kos yang dibelanjakan untuk majlis anaknya itu kerana tidak mahu pihak-pihak tertentu salah tafsir dan untuk elak dikecam oleh netizen.

“Sebelum ini pun, kami pernah melakukan majlis seumpamanya tetapi tidaklah semeriah ini. Kebetulan kami ambil pakej daripada Datuk Rizalman dan Yusoff lahir pada bulan Syawal. Soal kos itu tak mahulah saya kongsi, takut kena kecam. Biarlah rahsia. Saya pun dah tua, nak low-profile saja. Kalau nak tahu boleh tanya perekanya.

“Saya tahu isu katil anak tu pun jadi kontroversi. Saya buat pun sebab hobi suka tengok benda yang cantik dan jadikan ia kenangan sekeluarga,” tambahnya lagi.

Melimpah ruah rezeki Aliff sekeluarga walaupun kisah hidupnya sentiasa dikeji oleh netizen kerana pelbagai isu kontroversi. Moga Yusof menjadi anak yang soleh dan taat berbakti pada ibu bapa. Bertuah anak-anak Aliff Syukri. – CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...