Loading...

Abah sangatsangat rindu Luahan Ayah Kehilangan Dua Anak Serentak Mengalir Air Mata Membacanya

Seorang ayah meluahkan rasa rindu yang teramat sangat setelah dua orang anak tersayang pergi buat selamanya.

Dua orang anaknya disahkan meninggal dunia setelah terlibat di dalam satu kemalangan.

Loading...

Si ayah telah meluahkan perasaan rindu dengan telatah dua orang anaknya itu.

Jom baca luahan harinya yang membuatkan ramai sebak dan mengalir air mata membacanya:

Puteri ku, 
Damai lah kamu berdua di sana.
Bermainlah, gelak ketawa lah bersama-sama di dalam syurga Puteri ku. Allah lebih sayangkan kamu berdua, Allah telah memanggil kamu berdua puteriku, akhir-akhir ini, abah perasan banyak masa kakak bermersa bersama adik, adik sangat gembira akhir-akhir ini bila bermain dgn kakak, dan adik selalu minta abah dukung adik setibanya abah di rumah setelah pulang kerja, kakak pula selalu buat abah terperanjat dengan jeritan untuk menyakat abah setelah abah melangkah ke dalam rumah setelah penat berkerja.

Tapi abah tak pernah perasan yang semua tu bakal berakhir malam semalam 17/8/18, puteriku abah dan ibu sangat sayangkan kamu berdua, rindu akan tawa senda mu, rindu jerita kakak, rindu garau suara adik yg meminta makanan jika lambat di suap ke mulut.

Kakak, abah rindu celoteh kakak yang suka bercerita kepada abah dan ibu dan soalan-soalan yang selalu kakak tanya pada abah dan ibu, abah dan ibu sangat-sangat rindu pada kamu berdua, baru satu hari kamu berdua meninggalkan kami, tapi perasaan ini terasa sangat lah rindu, telinga ini bagai terdengar akan suara kamu berdua puteriku, mata ini selalu terbayang akan pergerakan mu yang selalu bermain di dalam rumah, abah dan ibu tak akan pernah lupa pada kakak dan adik.

Kakak dan adik damai lah di sana, Allah telah memanggilmu, pergilah dengan tenang, Allah telah meminjamkan kamu berdua kepada ibu dan abah sekadar waktu ini sahaja, abah Redha… Puteri-puteri ku, cari lah abah dan ibu jika kamu tidak bertemu abah dan ibu di Syurga, carilah sehingga jumpa, tariklah abah dan ibu ke dalam Syurga Allah, di mana tiada tempat yg kekal melainkan di syurga mu Ya Allah.. Ya Allah tabahkan hatiku dan isteri ku, tanamkan perasaan redha kepada kami dengan ketentuan dan takdir mu ini. Hadirkan sifat sabar di dalam diri kami Ya Allah.. sebaik baik perancangan adalah perancangan mu Ya Allah.. ada kemanisan di sebalik kepahitan.. InsyaAllah..

Nur Nailah Al Farafisha
Nur Afina Safiya
Dalam kenangan Abah dan Ibu.

Dari,
Mohd Helmiardi Bin Nosaha

Keluarga ini menerima dugaan hebat apabila dua orang anak meninggal dunia akibat satu kemalangan jalan raya.

Kereta yang di naiki mereka sekeluarga telah terbabas, terbalik dan melanggar tiang lampu di tengah-tengah penghadang jalan. Kereta terbabit hilang kawalan ketika melalui satu laluan yang berlopak.

Takziah diucapkan kepada Mohd Helmiardi sekeluarga, semoga terus kuat dengan dugaan ini. -PENMERAH

Sumber: cakapmalas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...