Loading...

‘Banyak Lagi Cara..’ – KJ Tak Setuju Lesbian Disebat Di Khalayak Ramai? Ini Punca KJ tak setuju

Hari ini, satu pasangan lesbian disebat gara-gara melakukan hubungan sejenis di dalam kereta pada April lalu di Dataran Arena Square, Dungun. Tertuduh yang ditangkap telah menerima sebatan sebanyak 6 kali dihadapan 100 orang termasuk ahli keluarga mereka.

Terbaru, menerusi tweet Khairy Jamaluddin, beliau kurang setuju dengan tindakan yang dikenakan dan menganggap sebatan di khayalak ramai itu tidak wajar.

Loading...

Banyak lagi cara lain

Banyak lagi cara untuk menangani isu LGBT. Walaupun termaktub dalam undang2, tak wajar dilaksanakan sebatan di khalayak ramai. Islam teaches us to look after the dignity of every human being. And that mercy is preferable to punishment.

Sebelum ini pelaksanaan hukuman sebat oleh kerajaan Terengganu itu menerima kecaman beberapa kumpulan aktivis wanita tempatan dan pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa yang merasakan tindakan itu sebagai melanggar undang-undang dan ‘mengerikan’.

Terbaru, Khairy Jamaluddin juga merasakan tindakan yang dikenakan itu boleh menjatuhkan maruah seseorang. Namun, pendapatnya itu juga menerima kritikan orang ramai.

Itu Islam yang suruh buat

Hukuman diberi sebagai pengajaran buat semua

Sumber : Khairy Jamaluddin

Sumber utama:ohbulan

Pasangan Lesbian Kena Sebat Di Terengganu, 100 Orang Jadi Saksi

April lalu, dua wanita ditangkap gara-gara cuba melakukan hubungan sejenis di dalam kereta di Dataran Arena Square, Dungun. Sebelum ini, NSTP melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman denda RM3,300 dan enam sebatan terhadap dua wanita pada 28 Ogos lalu namun terpaksa ditangguhkan.

Walau bagaimanpun, hukuman sebat itu dilakukan hari ini disaksikan kira-kira 100 orang buat pertama kalinya di Terengganu.

Disaksikan 100 orang

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di dalam kereta di Dataran Arena Square, Dungun, 1.50 tengah hari, pada 8 April lalu.

Hukuman sebatan di khalayak umum yang dikenakan terhadap pasangan kekasih songsang berusia 22 dan 32 tahun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu berjalan dengan lancar dengan disaksikan kira-kira 100 orang.

Terdahulu, wanita yang berusia 22 dan 32 tahun telah didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah mengaku salah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Kedua-dua pesalah menjalani hukuman sebatan enam kali seorang di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu pada 10.10 pagi tadi.

Pertama kali dilaksanakan

Hukuman sebatan di khalayak umum yang dilaksanakan hari ini adalah yang pertama kali dilakukan di negeri ini. Bagaimanapun, hukuman dilaksanakan di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Turut hadir bagi menyaksikan hukuman adalah ahli keluarga pesalah, wakil badan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media. Selain itu, turut menyaksikan hukuman itu adalah Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim.

sumber: informasitrending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...