Loading...

Besarnya Dugaan Buatmu, Pelakon Cilik Berbakat Besar, Puteri Balqis Hidap Kanser & Sedang Jalani Rawatan

Penyakit kanser boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal peringkat usia. Baik golongan dewasa mahupun kanak-kanak tidak terkecuali boleh menghidapi penyakit ini.

Besar dugaan yang dihadapi oleh pelakon cilik berbasar besar, Puteri Balqis Azizi, 11, atau lebih dikenali dengan nama Aqish apabila disahkan mempunyai penyakit kanser. Sebelum ini, bermula dari awal tahun lagi kesihatan Aqish sering tidak menentu. Selalu demam berterusan, pengsan dan muntah berdarah hampir setiap hari, sehingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.

Loading...

#fightcancer
Baru-baru ini, pelakon drama Dipinggir Neraka ini ada memuatnaik gambar memakai topeng mulut dalam keadaan ceria.Namun perkara yang menimbulkan tanda tanya buat para pengikutnya apabila status yang dipercayai dikongsi oleh ibunya sendiri, menunjukkan bintang cilik ini sedang menjalani rawatan dan kesihatannya semakin pulih bersama tanda pagar #fightcancer.Ia seolah-olah memberi bayangan mengenai penyakit sebenar Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) itu walaupun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung.

Memetik laporan Bharian berkaitan perkara tersebut, ibunya Norashikin Mohd Aziz, mengesahkan Aqish disahkan menghidap kanser, namun enggan mengulas lanjut dan terperinci jenis kanser yang dihidapi oleh anaknya.Sambil memohon maaf kerana enggan ditemubual pada waktu ini, beliau bagaimanapun berkata, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.

“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.

“Apa pun dia semakin kuat,” ulasnya ringkas.

Didalam posting yang berbeza sebelum ini, tanpa menyatakan penyakit dihidapi Aqish, Norashikim menyarankan mereka yang mempunyai anak pesakit jantung atau kanser mengamalkan pengambilan teh basil dan daun pasli.

Mingguan Wanita mendoakan yang terbaik buat pelakon berbakat besar ini. Semoga selamat menjalani segala rawatan serta diberikan kesembuhan kesihatan seperti sedia kala hendaknya.


sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...