Loading...

DATUK VIDA MINTA AISHAH MEMULANGKAN SEMULA RANTAI DAN AKAN GANTI DENGAN HADIAH YANG LUAR BIASA. RUPANYA HADIAH INI YANG DICARI2 SELAMA INI OLEH AISHAH

Bukan palsu! Pulangkan dan Aishah akan dapat hadiah ganti luar biasa, dicari-cari selama ini – Vida

PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menafikan dakwaan seutas rantai bernilai RM80,000 yang diberikan kepada Juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah adalah palsu.

Loading...

Sebaliknya usahawan kosmetik itu berkata, barang kemas tersebut diperbuat daripada emas putih bertatahkan batu permata yang dibeli di luar negara kira-kira empat tahun lalu.

“Ada orang cakap batu sintetiklah… orang kata palsulah tapi hakikatnya ia bukan rantai palsu. Ia adalah rantai emas putih dan batu permatanya adalah daripada gred tertentu.

“Saya beli rantai tu dekat Hong Kong empat tahun lalu. Ia amat berharga di mata saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) turut meminta Aishah supaya memulangkan semula rantai tersebut dan akan memberikan sesuatu yang ‘luar biasa’ kepadanya.

“Saya akan adakan pertemuan dengan Aishah dalam masa terdekat. Kita duduk bersama-sama untuk menerima penyerahan kembali rantai itu dengan hati yang sangat gembira.

“Pulangkan kepada saya, tidak mengapa. Saya akan gantikan rantai itu dengan satu benda yang sangat luar biasa iaitu Lavida Coin. Lepas itu barulah dia akan kata inilah rupa-rupanya yang saya cari selama ini,” katanya.

Mengulas mengenai rantai tersebut, Vida berkata beliau amat gembira kerana bakal mendapat semula barang kemas kesayangannya itu.

“Demi Allah, sebenarnya masa saya bagi rantai itu saya menangis sebab ia barang kemas kesayangan saya. Saya sangat gembira dapat terima semula rantai itu.

“Walaupun tiada nilai di mata Aisyah tapi ia amat berharga pada saya. Saya suka reka bentuk dan segalanya tentang rantai itu dan saya akan pakainya dengan bangga selepas ini,” kata usahawan kelahiran Machang, Kelantan itu.

Beliau turut menjelaskan rantai tersebut sebenarnya dibeli pada harga RM40,000 tetapi mendakwa nilainya meningkat dua kali ganda mengikut harga pasaran jualan.

“Saya beli harga modal RM40,000 tapi setelah mark up harganya mencecah RM80,000. Kalau dah diskaun dapatlah RM50,000, biasalah adat orang berniaga,” katanya.

Terdahulu, Aishah, 53, mendedahkan rantai hadiah bonus tajaan Vida tidak bernilai dan bukan berlian asli.

Malah penyanyi lagu Janji Manismu itu turut memberitahu dia berasa terkilan apabila sehingga kini masih belum menerima lot tanah yang dijanjikan.

JUARA Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Aishah meminta penaja program hiburan bersikap jujur dan tidak menipu mengenai hadiah yang ditawarkan kepada pemenang.

Menurut Aishah, 53, dia terkilan apabila mengetahui rantai berlian bernilai RM80,000 yang merupakan hadiah bonus tajaan daripada Datuk Seri Vida adalah tidak bernilai dan bukan berlian asli.

“Mulanya saya pergi kedai barangan kemas untuk ubah suai rantai tersebut kerana ia terlalu besar untuk dipakai setiap hari, tapi mengejutkan apabila pemeriksaan mendapati ia bukan asli.

“Dua kali ‘tauke’ kedai itu check, ingatkan mesin berlian itu rosak tapi apabila letak cincin (berlian asli) berbunyi pula, saya terkilan dan tertanya adakah kerana ini hadiah tambahan bermakna penaja tak boleh memberi jaminan ia tulen.

“Kalau penaja kata hadiah itu plastik atau kayu sekalipun saya terima, tapi jangan tipu,” katanya menerusi siaran langsung di laman Instagramnya pada Isnin.

Terdapat satu alat mengukur ketulenan berlian terdapat di kedai-kedai emas dengan cara menyentuh barang kemas terbabit pada mesin berkenaan yang akan mengeluarkan bunyi jika berlian itu asli.

Bagaimanapun, usaha mStar Online mendapatkan jawapan Datuk Seri Vida gagal kerana panggilan tidak dijawab.

Gambar alat pemeriksaan ketulenan berlian. Imej google / pricena.

Pada Sabtu lalu penyanyi lagu Janji Manismu ini mendedahkan mengenai ketulenan barangan kemas tersebut selain masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjuarai GV4.

Disebabkan perkongsiannya di laman sosial, Aishah menerima kritikan dan kecaman netizen yang berasakan dia tidak bersyukur dengan pemberian tersebut.

“Tentang hadiah tanah lot itu, ada netizen yang marah kata kita tak bersyukur dan tak tahu bersabar tapi hakikatnya mereka tak beri tarikh sebenar dan asyik tangguh sahaja… nak suruh tunggu tanah kubur agaknya!

Aishah bersama penaja GV4, Vida (dua dari kanan).

“Saya tahu apabila berkongsi mengenai hal ini orang akan kutuk, tapi saya bersuara kerana ini hak kita. Saya harap pihak berkenaan bertanggungjawab dan mungkin kerajaan boleh amik perhatian,” ujarnya.

Sementara itu, Aishah berkata, dia tidak terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang kerana memakan masa yang panjang dan mahu ia diselesaikan dengan cara yang lebih berhemah.

“Kalau pihak penaja ada masalah, boleh jumpa untuk minta maaf dan beritahu apa sebenarnya yang berlaku, mulanya kata tanah di Johor Bahru tapi lepas ditanya tukar di Selangor pula.

“Kami disuruh bersabar hampir setahun dan sudah melalui pelbagai saluran sepatutnya tapi tak ada tindakan, saya harap ada jalan penyelesaian terbaik,” katanya.

Selain Aishah selaku juara, pemenang tempat kedua iaitu Liza Hanim dan ketiga iaitu Lan Solo turut dijanjikan tanah lot berkenaan dan kesemua mereka tidak menerima hadiah dijanjikan itu.

SUMBER : MSTAR ONLINE via buletinnetizen.com

Mesin untuk periksa berlian tulen atau palsu

 

sumber: tvbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...