Loading...

Gambar Lama Sewaktu Remaja Aiman Hakim Tular Dimedia Sosial Dan Membuatkan Netizen Berdekah Ketawa Tak Kering Gusi. Justin Bieber Pun Kalah!

Tidak dapat dinafikan yang aktor Aiman Hakim Ridza sememangnya seorang yang berbakat dalam lakonan. Malah lakonannya juga boleh dikatakan ‘versatile’ selain dikurniakan rupa paras yang elok.

Dia memulakan karier seninya sebagai penyanyi dengan menyertai pertandingan realiti televisyen, Mentor pada tahun 2011. Walaupun karier nyanyiannya tidak selancar seperti yang diharapkan, namun rezekinya dalam bidang lakonan tidak pernah putus.

Loading...

Selain lakonan, penampilan aktor kacak yang tinggi lampai ini juga senantiasa menjadi perhatian ramai terutama sekali peminatnya. Bagaimanapun, baru-baru ini Aiman Hakim telah memuat naik gambar lamanya yang membuat ramai berdekah ketawa kerana terhibur melihat penampilannya ketika berusia 22 tahun.

Rakan-rakan artis turut terhibur dan mengusik Aiman Hakim..

Tetap kacak walaupun berambut panjang..

Dulu belum pandai bergaya lagi..

Semestinya penampilannya berbeza seiring dengan pertambahan usia dimana dia bakal memasuki usia 30-an pada tahun hadapan. Apa pun Aiman tetap nampak segak sejak daripada dulu lagi.Setuju tak? -CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...