Loading...

‘Kehilangan Zila sesuatu yg tak diduga’…

Gambar Sekadar Hiasan

PENYANYI, Zila JohaRockstar yang juga merupakan bekas peserta Seiras Seirama dikhabarkan telah meningg4l dunia akibat sakit jantung, jam 12.30 malam, semalam.

Khabar duka itu dikongsi menerusi Facebook kumpulannya The Kodox Band.

Loading...

“Bismillahirahmanirahim. Zila vokalis kami telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 malam tadi.

“Jenazah terus diterbangkan di kampung halaman Sandakan Sabah jam 10.25 pagi dan tiba pada jam 12.30 tadi.

“Sekarang dalam perjalanan ke tanah perkuburan. Mohon kodoxan semua doakan al-Fatihah dan berharap semuanya dipermudahkan.

“Kehilangan Zila sesuatu yg tak diduga. Terlalu banyak kenangan ketika masih hidup. Allahuakbar.

“Mana yang nak membuat sumbangan bleh bank in di 164427404353 (maybank) Kamarul. Kami wakil dari keluarga Zila minta halalkan makan minum. Dan segala kesilapan arw4h. Kami rindukan adik kami,” coret wakil keluarga.

Kali terakhir Zila atau nama lengkapnya Fazilah Asmar membuat persembahan ketika mengadakan The Kodox’ Reunion, pada 2 November 2018 di Restoran KAWD, Ampang, Kuala Lumpur. sumber sinarharian.

Sebelum Ini Sept 2018,Zila klon Ella bukannya merajuk…

PENYANYI, Zila berkata dia tidak merajuk selepas dilihat senyap dalam industri hiburan tempatan.

Malah Zila yang merupakan pemuzik jalanan atau buskers, akur rezekinya dalam pembabitan arena seni suara masih belum menyerlah.

Dua tahun yang lalu Zila atau nama penuhnya Fazilah Asmar, 30, pernah mengikuti program Seiras Seirama yang merupakan klon penyanyi rock, Ella.

“Selepas program itu saya ada juga masuk pertandingan JoHaRockstar, namun saya kembali busking di kafe-kafe sekitar Lembah Klang selepas tak ada projek,” ujarnya jujur.

Ditanya mengenai single pula, anak kelahiran Sabah ini memberitahu, ia masih dalam proses mencari material yang sesuai.

“Saya ada terima banyak material namun tak kena dengan jiwa dan vokal saya.

“Malahan, ada juga yang tawarkan saya untuk jadi penyanyi di bawah pengurusan cuma saya berasakan masih belum bersedia,” katanya.

Memancing soalan skeptikal netizen adakah Zila sebenarnya merajuk dalam industri kerana tidak menyerlah, penyanyi persis suara Ella itu menepis dengan bernas.

“Sama sekali saya tidak merajuk mahupun berkecil hati, apa yang boleh saya cakap, belum rezeki saya lagi.

“Tanyalah kepada penyanyi mana pun, pasti semua mahu yang terbaik dalam karier mereka. Doakanlah saya,” jelasnya kepada Sinar Harian.

 

Sumber: edisimedia via DiariDunia

 

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...