Loading...

Kini Berumur 47 Tahun Tapi Wajah Nampak Remaja Ini Rahsia Awet Muda Amy Mastura

Amy Mastura penyanyi dan pelakon yang sering kelihatan muda remaja.

Walhal, Amy Mastura dah pun berumur 47 tahun. Malah dia mempunyai dua orang anak yang sudahpun meningkat remaja.

Loading...

Anak pertamanya berumur 17 tahun bernama Adriana, manakala anak kedua bernama Adalia sudahpun berumur 14 tahun.

Ramai yang nak tahu apa sebenarnya rahsia kecantikkan Amy Mastura ini.

Tak lokek dengan tips untuk keliahatan awet muda, Amy Mastura memberi rahsia nya.

Kata Amy Mastura, dia tak terbawa-bawa dengan masalah selain sentiasa ceria.

Katanya lagi, hati yang tenang tanpa dibelenggu bebanan faktor persekitaran, selain penjagaan kesihatan dalaman mampu menyerlahkan aura positif sekaligus membuat nya keliahatan awet muda.

Ini komennya: (via Berita Harian)

“Saya tiada sebarang rahsia penjagaan kulit mahu pun kecantikan. Rutin harian saya adalah sama seperti wanita lain. Cuma, saya tidak terlalu taasub dengan segala macam produk… Cukuplah dengan yang asas.

“Mungkin saya jenis orang yang sentiasa melihat sesuatu dari sudut positif. Bohong jika tiada masalah, tetapi kita sendiri perlu bijak mengawal dan mengatasinya.

“Sebagai wanita, isteri dan ibu, saya cuba menyeimbangkan segala-galanya sebaik mungkin. Paling penting, ceriakan diri dan kehidupan supaya kekal awet muda”

Amy Mastura berkahwin dengan suaminya bernama Alvin Tham Suffian pada tahun 2000.

Rumah tangga mereka kini bahagia dan disaat umur mahu menjangkau 50 tahun, Amy Mastura akui hanya mahukan kesejahteraan dalam rumah tangga yang dibinanya.

Amy Mastura mula popular menerusi rancangan Asia Bagus pada tahun 1993, dan pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-14.

Selain menanyi dan berlakon, Amy Mastura juga boleh menjadi pengacara yang baik -PENMERAH

Sumber: BHarian

Sumber: cakapmalas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...