Loading...

PASANGAN LES BIAN JALANI HUKUMAN SE BAT 6 KALI SEORANG, DISAKSIKAN KIRA-KIRA 100

KUALA TERENGGANU: Dua wanita yang mengaku bersalah kerana cuba melakukan hubungan sek s se jenis menjalani hukuman se bat di Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini pada Isnin.

Hukuman dijalankan di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail dengan disaksikan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd dan Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun.

Loading...

Kedua-dua pesalah masing-masing berusia 22 dan 23 tahun menjalani hukuman sebat enam kali seorang dengan disaksikan kira-kira 100 orang.

Ia adalah sebatan di khalayak umum pertama kali dilakukan di negeri ini.

Bagaimanapun, hukuman dilaksanakan di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Terdahulu, kedua-dua pesalah hadir ke mahkamah secara berasingan pada pukul 8.30 pagi sebelum diarah menukar pakaian untuk menjalani hukuman yang dikendalikan pihak Jabatan Penjara Malaysia.
Sebelum ini Pasangan Lesbian Ghairah Berasmara Sampai Tak Sedar Dikepung Penguat Kuasa
Penguatkuasa Syariah Daerah Dungun menahan dua wanita dipercayai pasangan lesbian ketika asyik berasmara di dalam sebuah kereta di Arena Merdeka, Dungun, petang Sabtu.

Sinar Harian melaporkan, pasangan berusia 24 dan 32 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.50 petang. Sumber berkata, terdapat sebuah kereta bercermin gelap diparkir di lokasi dalam keadaan mencurigakan, membawa kepada serbuan oleh anggota.

Menurutnya, pasangan terbabit langsung tidak menyedari kehadiran penguat kuasa yang sedang memeriksa kenderaan itu kerana sedang asyik berasmara di kerusi belakang.

“Bagaimanapun selepas pintu kereta diketuk beberapa kali, pasangan lesbian itu terpinga-terpinga kerana terkejut melihat kenderaan mereka sudah dikepung sebelum membuka pintu.

“Siasatan selanjutnya menemukan seluar dalam milik pasangan itu dipercayai ditanggalkan selain turut menemukan satu alat sulit tiruan lelaki yang disorokkan di bawah kerusi pemandu.

“Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku kesemua barang tersebut adalah milik mereka yang digunakan untuk memuaskan nafsu masing-masing,” kata sumber.

Ketika disoal siasat, salah seorang daripadanya mengaku berasal dari Pahang dan datang ke Dungun semata-mata hendak berjumpa pasangannya.

“Mereka memaklumkan sudah mengenali pasangan sejenisnya itu awal tahun ini melalui rakan selain mengaku sudah kerap kali ‘terlanjur’.

“Mereka mengaku memilih untuk melakukan ‘hubungan kelamin’ sejenis kerana merasa lebih selamat berbanding melakukan hubungan dengan lelaki,” katanya.

Pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana kesalahan Musahaqah iaitu pasangan lesbian dan boleh didenda sehingga RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu jika sabit kesalahan.

Tangkapan itu disahkan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.

sumber: makcikbawang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...