Loading...

Pengurus Jutawan Kosmetik Kontroversi Safiey Illias Bidas PU Amin, Mohon Agar Segera Padam Video Instagram

Kebelakangan ini, ada saja kontroversi mengenai Safiey Ilias yang sentiasa mendapat perhatian umum hingga mencetuskan kecaman.

Kali ini, pengurus Safiey pula ‘naik darah’ dengan teguran PU Amin mengenai perbuatan Safiey yang menyerupai wanita.

Loading...

Dia juga memohon agar produk-produk yang dikeluarkan diboikot oleh netizen dan tidak perlu memberikan sokongan kepada usahawan ini.

Disebabkan isu itu, pengurus Safiey beri amaran kepada PU Amin melalui mesej yang dihantar. Dia menyatakan bahawa PU Amin cuba untuk menjatuhkan imej syarikat dan mulai hilang rasa hormat dengan pendakwah tersebut. Dia berharap video itu dipadam segera dari akaun Instagram.

Selain itu, Safiey juga menafikan gambar-gambar dirinya yang tular bersama teman lelaki adalah gambar pra-perkahwinan mereka.

Dia juga berkata, video sarung cincin itu bukanlah lamaran daripada lelaki yang dikenali sebagai Shah. Malah, dia akui masih tahu hukum-hakam dalam agama dan meminta individu tidak bertanggungjawab untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Apa pula kesudahan masalah yang timbul ini? Harap ada penyelesaian baik antara Safiey dan PU Amin. – CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...