Loading...

Saharul Ridzwan Mahu Buktikan Tiada BABAK Bersentuhan Juga Boleh Menang Anugerah…

Gambar Sekadar Hiasan

SEPERTI pelakon lain, Saharul Ridzwan juga meletakkan sasaran untuk memenangi anugerah yang dinilai oleh juri profesional.

Saharul, 29, berkata dia mahu membuktikan pelakon yang tidak melakukan babak bersentuhan boleh memenangi anugerah tersebut.

Loading...

“Semua pelakon termasuk saya mengimpikan anugerah Pelakon Lelaki terbaik, anugerah yang dinilai oleh juri profesional.

“Melihat pelakon-pelakon yang memenangi anugerah itu membuatkan saya rasa tercabar dan perlu berusaha lagi untuk buat yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan Sentuh Wanita, Saharul Ridzwan Dukung Jurusolek Lelaki

Status yang dimuat naik Saharul di laman Twitter.

“Saya masih berpegang dengan prinsip dan mahu buktikan pelakon yang tidak melakukan babak bersentuhan boleh dapat anugerah itu,” katanya kepada mStar Online.

Menerusi laman Twitter, Saharul ada memuat naik pertanyaan adakah pelakon yang tidak melakonkan babak bersentuhan layak untuk memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Rata-rata pengikutnya memberi pandangan yang positif dan kata-kata semangat untuk dia berjaya mencapai impian memenangi anugerah tersebut.

Saharul masih mengekalkan prinsipnya yang tidak mahu adegan berpelukan dan bersentuhan dengan pelakon wanita sejak 2015.

Saharul Ridzwan.

Dalam pada itu, pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini mengakui sebagai seorang artis dia tidak mempunyai hak untuk memilih watak.

“Kalau nak ikutkan, sebagai pelakon mestilah saya nak watak yang menarik dan mencabar diri. Tapi sebagai artis pula, saya tak boleh nak memilih sangat.

“Sebab watak yang ditawarkan itu telah ditentukan oleh pihak produser atau pengarah.

“Tapi apa sahaja watak yang ditawarkan dan saya terima, saya akan lakukan yang terbaik,” ujarnya.

 

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...