Loading...

(video) Anak Najib Kantoi Dirakam Paparazi Keluar Bersuka Ria Dengan Aktress Terkenal Taiwan Di Kala Ayahnya Ada Masalah Di Malaysia…

Semalam tular di media sosial anak kepada Bekas Perdana Menteri Najib Razak iaitu Nazif Najib memuat naik 1 status berkenaan kes ayah beliau.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Loading...

Kepada semua rakan-rakan & para penyokong, netizens dan semua orang yang telah sudi menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada DSNR dari dulu hingga sekarang… Saya ingin rakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada anda semua; dengan seikhlas hati, terima kasih saya ucapkan. Kepercayaan, sokongan dan kasih yang anda semua curahkan kepada kami banyak membantu dalam mengharungi dugaan.

.

Meskipun ia agak sukar, saya harus berkongsi perasaan saya dengan anda semua, khususnya yang telah menyuarakan kebimbangan mereka dan telah lama berbuat baik dengan keluarga kita. Yang tertuduh di mahkamah hari ini pernah menjadi pemimpin 1 Malaysia, dan sepanjang perjalanan Pilihan Raya Umum ke-14 beliau telah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan fitnah tanpa henti. Saya mengatakan perkara ini bukan untuk meraih simpati tetapi untuk menyatakan sesuatu yang benar untuk semua orang lihat dan fahami: Sekiranya penderitaan seorang bekas pemimpin yang telah dituduh itu dapat membahagiakan rakyat Malaysia yang dikasihi, maka beliau sanggup menghadapi penderitaan itu.

.

Dia adalah ayah saya, dan saya tahu orang Malaysia mengenali beliau jenis orang yang macam mana. Jika selama 42 tahun beliau berkhidmat dalam kerajaan sebagai seorang penjahat, atau niatnya untuk mencuri wang rakyat semata-mata, saya tidak fikir beliau dapat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun-tahun yang lalu.

MALAYSIA BARU SEPERTI MALAYSIA LAMA?
‘Malaysia Baru’ hari ini tidak jauh berbeza dengan Malaysia lama hampir 30 tahun yang lalu. Pendakwaan secara berat sebelah yang berlaku hari ini serupa dengan yang dahulu, cuma orangnya sahaja yang berbeza, kebetulan Perdana Menteri yang masih sama. Saya ingin menyuarakan hakikat ini: kami sebagai sebuah negara yang melaungkan demokrasi sememangnya tidak matang dari segi politik, masih mengamalkan politik ‘feudal’ yang penuh dengan dendam.

.

Serbuan polis yang terancang, dilihat bersama ‘black maria’ di mana mereka datang beramai-ramai hanya untuk menyerang rumah mantan PM, pada waktu sahur di bulan Ramadan lagi. Sementara itu, persidangan akhbar yang dibuat, tidak putus-putus semata-mata untuk menimbulkan lagi kemarahan orang ramai. Bukankah ia prosedur am untuk tidak berkongsi butiran semasa siasatan sedang dijalankan. Atau adakah ia dibuat semata-mata untuk mengaibkan lagi ayah saya?

.

Semalam saya berada di mahkamah, hanya untuk mengetahui bahawa semua itu tidak penting pun; malah apa didakwa hari ini adalah tuduhan pecah amanah dan menyalahguna jawatan berjumlah RM42 juta. Sementara peguam sedang sibuk bincangkan nilai ikat jamin, saya terfikir: logik kah jika seorang Perdana Menteri Malaysia boleh dibeli dengan hanya 42 juta Ringgit Malaysia? Sekadar itu sahajakah nilai integritinya?

.

Jika setiap kes pecah amanah, salahguna kuasa mahupun rasuah boleh dikaitkan dengan seorang PM, maka beliau dan kesemua mantan PM sebelum ini haruslah bertanggungjawab terhadap semua kerugian yang telah dialami sepanjang kepimpinan mereka. DSNR dikenakan denda hari ini oleh seorang Peguam Negara yang dilantik oleh kerajaan baru meskipun ia mendapat tentangan dari banyak pihak.

Ini jelas menunjukkan keadaan politik semasa yang berpaksikan dendam semata-mata. Sudah jelas kepada saya bahawa tunjang Manifesto pembangkang sewaktu PRU14 adalah untuk membawa Perdana Menteri yang dituduhnya korup ke muka pengadilan di mahkamah.

.

Inilah yang mereka janjikan, dalam apa jua cara sekalipun, mereka mesti tunaikan janji mereka secepat mungkin. Dalam hidup ini saya mempunyai cuma seorang bapa dan seorang ibu, tanpa mereka, tak wujudlah saya. Walau apapun terjadi selepas ini, saya akan tetap setia bersama mereka. Saya akan terus berikan sokongan penuh saya kepasa DSNR kerana dia tetap ayah saya, dan dia pernah menjadi seorang pemimpin Malaysia tercinta.

Sumber Facebook: Nazif Najib

Anak Najib dilihat keluar dengan aktres Taiwan selepas bapa didakwa

PETALING JAYA: Mohd Nazifuddin Najib, anak lelaki bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilihat bersama seorang pelakon Taiwan di Taipei, lapor Taiwan News.

Portal dalam talian Taiwan itu menyebut Mohd Nazifuddin keluar bersama Celia Chang selepas Najib dibebaskan dengan ikat jamin susulan penahanannya pada 3 Julai lalu di atas dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan yang memetik Apple Daily menyebut Mohd Nazifuddin dilihat makan di sebuah restoran stik dan mengambil khimat urut di sebuah kawasan membeli-belah mewah dekat Taipei 101 pada Khamis.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Samada video dan gambar ini adalah betul tidak dapat dipastikan. Tiada sebarang respond dari anak Najib Razak sendiri berkenaan isu ini. Ramai netizen mula mengecam sekiranya berita ini benar.

sumber : ohgebang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...