Loading...

Wanita Ini Tampil Dengan Vokal Mantap Dan Secara Tiba-Tiba Menukar Bajunya Dalam Sekelip Mata!!!…

Gambar Sekadar Hiasan

Rancangan ujibakat mencari bakat baharu merupakan salah satu program kegemaran ramai. Dalam rancangan seperti ini, ramai bakat-bakat besar telah berjaya dicungkil dan Christina Ramos merupakan salah satu daripadanya.

Loading...

Christina dikatakan telah menghadiri ujibakat The Voice: Mexico. Jelasnya, wanita ini bukan sahaja mempunyai suara yang mantap tetapi persembahannya turut berjaya mencuri hati penonton dan para juri.

Sebaik sahaja menyanyikan lagu, keempat-empat juri terus segera menekan butang untuk berpaling melihat penyanyi bersuara lunak ini membuat persembahan mengagumkan!

Christina telah menyanyikan sebuah lagu opera klasik berjudul ‘La Traviata’ nyanyian asal oleh Giuseppe Verdi. Sebaik sahaja membuka persembahan, Christina telah mengagumkan kesemua juri dalam sekelip mata sahaja!

Setiap juri amat terpesona dengan persembahan Christina sehingga ada yang menganga sehingga ke akhir persembahan kerana terlalu kagum…

Bagaimanapun, Christina sekali lagi mengejutkan ramai apabila dia tiba-tiba menukarkan pakaiannya daripada berwarna merah kepada warna biru dalam sekelip mata!

Pada masa yang sama insiden penukaran baju itu, Christina turut mempersembahkan nyanyian lagu ‘rock’ berjudul It’s Raining Men oleh The Weathergirls.

Penampilan Christina yang mengejutkan ini membuatkan ramai mengagumi beliau. Bukan sahaja mempunyai vokal yang hebat tetapi gaya persembahannya juga begitu menarik dan membuka mata!

Lihat persembahan menakjubkan Christina ini.

 

Sumber: Happiest, Cristina Ramos/Facebook via EraBaru

 

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


Loading...