
Tak tahan Lihat orang aibkan adik, Yatie minta Aliff Syukri berniaga snyap-snyap tanpa taja sebarang program TV.
Tak tahan Lihat orang aibkan adik, Yatie minta Aliff Syukri berniaga snyap-snyap tanpa taja sebarang program TV.
Kakak atau abang mana yang tidak terasa hati setelah melihat adiknya dimalukan di hadapan khalayak ramai. Itulah yang dirasai oleh kakak Datuk Seri Aliff Syukri, Noorhayati Kamarzaman atau lebih mesra digelar Yatie.
Mengakui terkilan dan sedih melihat nasib Aliff Syukri yang tidak sempat membuat persembahan single terbarunya semasa konsert akhir Gegar Vaganza semalam, Yatie telah membuat keputusan untuk meninggalkan mesej dan menasihati adik kesayangannya.
Kri, tak payah lah pergi lagi GV. Kesian aku tengok kau asyik kena kecam je. Sakit mental nanti. Tak perlu lah Kri. Kan kau dah ada semuanya. Kita fokus niaga senyap-senyap je. Benda ni semua akan buat kau sakit. Dengar lah cakap akak kau ni. Aku walau tak campur sangat hal niaga kau, tapi tetap tak suka kalau dengar orang cakap benda buruk pasal kau.
Mesej daripada Yatie yang telah dimuat naik semua oleh Aliff Syukri ..